TERMA DAN SYARAT

KEMPEN "YOU SHARE WE SHARE" ("KEMPEN")

Pengenalan

Kempen ini dijalankan oleh IDOTTV Sdn Bhd (Company No. 640955-T) (selepas ini dirujuk sebagai "IDOTTV"). Dengan menyertai kempen ini, pengguna Shareshare (seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini) dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat kempen ini yang akan menjadi bahagian yang penting dan akan dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat borang pendaftaran pengguna (CRF) Shareshare dan/atau terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan mudah alih/kandungan masing-masing relevan kepada pengguna Shareshare yang berkaitan dengan Kempen ini.

Sekiranya terdapat konflik atau percanggahan di antara terma dan syarat di dalam ini dan CRF dan/atau terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan mudah alih/kandungan masing-masing, percanggahan tersebut akan diselesaikan dengan memberikan keutamaan mengikut turutan menurun (i) Terma dan syarat-syarat ini (ii) Terma-terma dan syarat CRF dan/atau perkhidmatan mudah alih/kandungan masing-masing.

Tempoh Kempen

Kecuali dinyatakan di dalam Perjanjian ini, kempen ini akan bermula dari 11hb Jun 2016 hingga 5hb Julai 2016 ("Tempoh Kempen"). Sebarang lanjutan Tempoh Kempenmengikut budi bicara mutlak IDOTTV.

Kelayakan

Kempen ini terpakai kepada semua pengguna ShareShare ("individu").

Mekanik
  1. Setiap pengguna ShareShare perlu membelanjakan tambah nilai bernilai sekurang-kurangnya RM20 sepanjang tempoh kempen melalui aplikasi ShareShare.

  2. Setiap pengguna ShareShare akan menerima tambahan bernilai RM5 sebagai Rewardz dalam bentuk Heartz (50 Heartz). 10 Heartz dari Rewardz ini akan didermakan kepada sebuah pertubuhan amal yang diluluskan terlebih dahulu.

  3. Sepanjang tempoh kempen, setiap pengguna yang layak adalah terhad kepada 1 Rewardz.

Terma dan Syarat Umum
  1. IDOTTV mempunyai hak mutlak untuk mengeluarkan, meminda, membuang dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau keseluruhan terma dan syarat ini kempen tanpa notis terlebih dahulu kepada pengguna ShareShare dan pengguna ShareShare adalah terikat untuk mematuhi dan melaksanakani terma dan syarat di dalam ini dan mana-mana pindaan tersebut.

  2. Keputusan IDOTTV dalam sebarang perkara berkaitan dengan Kempen tersebut adalah muktamad. Sebarang permintaan atau permohonan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayani.

  3. IDOTTV tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan oleh pengguna ShareShare atau tuntutan pihak ketiga atas sebarang kerugian termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan keuntungan, punitif, tidak langsung, khas, sampingan, atau ganti rugi berbangkit atau untuk lain-lain kerugian dan tuntutan yang berkaitan apa-apa unsur, termasuklah langsung, tidak langsung, pihak ketiga, berbangkit atau lain-lain kerosakan disebabkan oleh atau berkaitan dengan Kempen ini.

  4. IDOTTV menafikan sebarang liabiliti untuk kerugian atau kerosakan kepada harta benda atau sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa disebabkan oleh atau berkaitan dengan Kempen ini. Pengguna ShareShare bersetuju bahawa penyertaan dalam kempen ini adalah di atas risiko pengguna sendiri.

  5. Pengguna ShareShare mengakui dan bersetuju bahawa IDOTTV berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana sekiranya pengguna ShareShare melanggar kewajipannya atau apa-apa terma dan syarat Kempen ini. Walaubagaimana pun, IDOTTV mempunyai hak untuk menolak sebarang penyertaan pengguna ShareShare tanpa memberi sebarang alasan.

  6. IDOTTV tidak bertanggungjawab sekiranya pengguna ShareShare dihalang dari mengambil bahagian dalam Kempen ini, disebabkan oleh sekatan-sekatan teknikal tertentu atau had-had lain atau force majeureyang termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang dan/atau arahan kerajaandan lain-lain.

  7. Semua gambar, maklumat peribadi dan nama yang dihantar dalam kempen, tanda perkhidmatan, nama dagangan, tanda dagangan adalah hakmilik IDOTTV.

  8. IDOTTV berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menggunakan nama, gambar, suara atau rakaman video dan catatan pengguna Shareshare untuk publisiti, pengiklanan, perdagangan, kempen atau sebarang tujuan lain dalam sebarang media tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu atau membayar apa-apapun kepada pengguna Shareshare.

  9. Kecuali seperti yang dinyatakan dengan jelas di sini, IDOTTV tidak bertanggungjawab untuk sebarang perbelanjaan dan kos termasuk belanja yang berkaitan ke atau berbangkit daripada menyertai Kempen ini.

  10. Semua hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini tidak boleh ditukar ganti dengan tunai atau barangan lain dan hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan stok. IDOTTV berhak untuk menggantikan dan menggantikan hadiah yang ditawarkan dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi sebagaimana yangdianggap sesuai oleh IDOTTV.

  11. IDOTTV menafikan sebarang jaminan atau liabiliti bagi kebolehdagangan dan kesesuaian hadiah di dalam Kempen ini. Waranti yang diguna pakai untuk hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang disediakan oleh pengeluar atau pembekal hadiah (jika ada).

  12. Kandungan kempen ini adalah dibekalkan oleh pihak ketiga. Pengguna Shareshare mengakui bahawa IDOTTV tidak bertanggungjawab untuk menapis sebarang kandungan atau maklumat yang diberikan. IDOTTV menafikan segala liabiliti berhubungan dengan kandungan yang diberikan.

  13. Sekiranya mana-mana peruntukan dalam terma-terma dan syarat ini tidak sah, menyalahi undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang atau oleh sebarang sebab, kebolehkuatkuasaan peruntukan selebihnya tidak akan terjejas.

  14. KelengahanIDOTTV dalam menguatkuasakansebarang terma atau syarat di dalam ini tidak dianggap sebagai penepian oleh IDOTTV terhadap perlanggaran pengguna Shareshare ke atas terma dan syarat ini.